Tuesday, 29 May 2012

Esei kumpulan




GGGE 2153
TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Esei Kumpulan

Disediakan kepada :
Mejar Mohd Jasmy bin Abd Rahman

Disediakan oleh:
Su Sieng Lee A133976
Cheoh Jia Ming A134785
Ng Sing Tee A134751
Kiew Chiong Ung A134788


STRATEGI PENGAJARAN INTEGRASI TEKNOLOGI DAN MEDIA

1.0 Pendahuluan

Saban tahun bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT telah berkembang pesat dan secara tidak lansungnya ia telah digunakan secara global dan revolusi dan juga memberi kesan corak kehidupan masyarakat pada hari ini. ICT bukan lagi dilihat sebagai kehendak sebaliknya merupakan keperluan pada masa kini. Selain itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan pada masa kini adalah amat penting. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan mengikut aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT).

2.0  Latar Belakang
2.1Pengenalan Teknologi

Apabila seorang guru melayari internet untuk  memperolehi  bahan pengajaran baru atau mempunyai  murid yang ingin membentukan persembahan mereka dengan menggunakan  multimedia. Teknologi yang dipilih sering  kali dirujuk sebagai  teknologi dalam pendidikan. Istilah teknologi seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projector paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit. Teknologi bermaksud  produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan. Selain  pandangan  di atas, teknologi  boleh membawa dua (2) maksud berbeza iaitu:
a)      Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji (Finn, 1960).

b)      Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses teknologi itu sendiri. Contohnya  komputer (perkakasan) dan bahan CD-ROM (perisian) adalah hasil teknologi (Smaldinoet al., 2004).
            Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1990) iaitu teknologi bukan hanya merujuk kepada penggunaan mesin sahaja, bahkan turut meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu, proses amat diperlukan (Saettler, 1990). Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses P&P.

2.1.1 Definisi Teknologi Dalam Pendidikan
Tumpuan kepada beberapa definisi teknologi pengajaran dari tahun 1960an hingga kepada tahun 1994 yang di sarankan oleh Seels dan Richey dan Jawatan Kuasa Association for Educational Technology (1994) dan Reiser dan Dempsey (2002). Penjelasan tiga domain dalam definisi teknologi pengajaran atau teknologi instruksional meliputi teori dan malan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.
a)      Domain Reka Bentuk
Domain yang pertama dalam teknologi instruksional adalah  domain  reka bentuk. Reka bentuk adalah proses untuk menentukan komponen sistem instruksional, ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Dalam domain reka bentuk terdapat empat bidang utama iaitu:
                                i.            Reka bentuk sistem instruksional
                              ii.            Reka bentuk mesej
                            iii.            Strategi instruksional dan
                            iv.            Ciri-ciri pelajar
                    Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu  tatacara  yang teratur      atau sistematik untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan        menilai bahan instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum     agar dapat membantu atau menambahbaik pelajar belajar dan guru mengajar.              Bidang kedua iaitu reka bentuk mesej melibatkan perancangan untuk menentukan              cara dan format media yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada      pelajar. Bidang ketiga iaitu strategi instruksional melibatkan proses memilih dan           menyusun aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan,             kandungan,  domain pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk      mengukuhkan proses pembelajaran. Bidang terakhir dalam domain reka bentuk     ialah menganlisis ciri-ciri pelajar seperti menentukan kemahiran, pengetahuan,        sikap yang sedia ada yang memberi kesan terhadap proses pembelajaran.
b)     Domain Pengembangan
Domain yang kedua dalam teknologi instruksional ialah  domain pengembangan atau pembinaan.  Domain ini  melibatkan proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk.untuk menghasil bahan instruksional. Bahan instruksional terdiri dari bahan cetak, bahan pandang dengar, bahan berasaskan komputer dan bahan multimedia.

c)      Domain Penilaian
Domain ketiga dalam teknologi instruksional ialah  domain penilaian. Penilaian adalah proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran atau program pendidikan seperti penilaian pencapaian pelajar, penilaian penggunaan media, penilaian reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran dan penilaian program atau projek media pendidikan.  Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu penilaian analisis masalah pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.

            Teknologi pengajaran bukan sahaja memberi tumpuan kepada produk atau penggunaan alat pandang dengar sahaja tetapi meliputi proses reka bentuk pengajaran dan bukan pengajaran untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan prestasi dalam tempat kerja, Reiser  dan  Dempsey (2002) telah mengemukakan definisi berikut:
2.1.2 Teknologi Dalam Pendidikan (KPM)
Guru  boleh melihat rujukan definisi teknologi pendidikan dan teknologi instruksional dalam jurnal-jurnal profesional. Wujud ketidakpastian kepada asal-usul definisi teknologi pendidikan. Rujukan yang paling awal yang telah dikenalpasti telah digunakan pada tahun 1948, iaitu rujukan terawal mengenai definisi teknologi pendidikan (Saettler,  1990). Definisi ini adalah sama dengan teknologi  instruksional dan boleh digunakan secara bergilir-gilir. Berikut adalah definisi teknologi pendidikan yang menjelaskan maksud yang sama  dengan teknologi  instruksional yang ditakrifkan oleh Bahagian Teknologi  Pendidikan  di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM):
Teknologi pendidikan adalah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan.”
            Bidang ini mencakupi kombinasi instruksional, pembelajaran, pengembangan, pengurusan dan lain-lain teknologi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Menurut Roblyer (2003), teknologi pendidikan adalah kombinasi antara proses dan alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang berkaitan. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri.
            Teknologi pendidikan pula didefinisikan sebagai penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran. Penekanan adalah kepada pencapaian objektif pendidikan yang tepat dan ianya boleh diukur, pemusatan kepada murid dan bukan kepada mata pelajaran. 
        



2.2 Pengenalan Media

Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna (Jamalludin dan Zaidatun,2003).  Multimedia merupakan salah satu daripada kaedah baru yang mampu mencapai tujuan tersebut.
            Menurut Jamalludin dan Zaidatun(2005), perkataan multimedia yang digunakan sejak 1970-an membawa pengertian yang berbeza dengan takrifan multimedia sekarang. Persembahan slaid yang diiringi kesan bunyi, persembahan yang menggabungkan audio-visual menerusi televisyen, persembahan teater dengan sokongan elemen video, penggunaan transparensi dengan sokongan grafik berwarna warni misalnya dianggap sebagai satu persembahan multimedia. Ia selaras dengan definisi multimedia ketika itu, iaitu penggunaan pelbagai jenis media iaitu penggunaan lebih dari satu media dalam satu persembahan walalaupun media yang digunakan terpisah atau terasing antara satu sama lain.
            Pada pertengahan tahun 1980-an, iaitu apabila teknologi komputer semakin maju dan mula mendominasi setiap aspek kehidupan manusia, multimedia mula dikaitkan dengan persembahan menerusi penggunaan komputer yang menggabungjalinkan lima media utama iaitu teks, grafik, audio, imej dan animasi. Ia melibatkan penggunaan kombinasi mana-mana dua atau lebih media yang telah dinyatakan. Kepelbagaian media di dalam satu persembahan multimedia bukan lagi terasing tetapi kini diintegrasikan bersama di dalam satu sistem menerusi teknologi komputer.
            Definisi multimedia ialah penggunaan komputer untuk mempersembahkan teks, grafik, imej, animasi dan bunyi dalam cara yang diintegrasikan. Ia selaras dengan definisi yang diberikan oleh Multimedia Development Corporation Sdn Bhd.  Di sekolah, multimedia memudahkan kita mencari maklumat dan mempelajari kemahiran baru dengan cara yang menarik dan di sudut rekreasi pula, multimedia telah mempelbagaikan permainan kanak-kanak. Permainan elektronik amat menyeronokkan. Kita bukan sahaja boleh bermain sendirian atau dengan rakan setempat malah melalui internet kita boleh bermain dengan kawan-kawan di seluruh dunia.
            Perkembangan teknologi multimedia menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara mentafsir dan menggunakan maklumat dan sebagainya. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan dapat dicapai dengan lebih mudah dan pantas.

2.2.1 Multimedia Dalam Pendidikan

Di dalam dunia teknologi maklumat masa kini, di mana kita sering dihujani dengan maklumat yang begitu banyak, adalah amat penting bagi kita untuk menguruskan maklumat-maklumat ini supaya ianya memberi makna kepada kita. Jika tidak, maklumat ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita. Kita yang berada di dalam dunia pendidikan ini perlulah melihat kepada penggunaan teknologi yang canggih dalam membentuk sistem yang dapat membantu memberi pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar.
            Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia untuk bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa jika ianya tidak menggunakan kaedah yang betul untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penggunanya.
            Dalam dunia pendidikan subjek utamanya adalah guru dan pelajar. Adanya guru kerana adanya pelajar. Guru dan pelajar sama-sama telibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah suatu proses dua hala di mana guru mengajar atau menyampaikan ilmu dan pelajar belajar iaitu menerima atau menimba ilmu.
            Dalam sesuatu pengajaran secara tradisi, walaupun tidak dinafikan akan kejayaan yang telah diperolehi, namun ianya juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan kekangan. Komunikasi sehala banyak berlaku di mana  seseorang guru berperanan sebagai penyalur maklumat manakala pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Penyediaan alat bantu mengajar juga adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya. Ini boleh mengurangkan minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.
            Selain itu, kehadiran komputer serta teknologi multimedia di dalam bidang pendidikan juga mampu membantu meringankan beban dan kekangan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran tradisi.
2.2.2 Elemen-Eleman Multimedia
a)      Teks
            Teks adalah sejenis data yang paling mudah dan memerlukan storan yang sedikit   jumlah ruang ingatan sahaja. Teks boleh digunakan dalam pelbagai sub bidang      untuk memberi penjelasan kepada sesuatu perkara dalam bentuk bacaan.            Keberkesannanya ialah untuk memperkukuhkan media-media lain.
                        Menurut Rockley, 1994; walaupun manusia mungkin mendapati media-      media lain lebih berkesan untuk memahami sesuatu proses, ianya mungkin sukar          untuk memperolehi langkah-langkah khusus untuk sesuatu proses tanpa    penggunaan teks.
b)     Grafik
            Grafik boleh didefinasikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf             dengan menggunakan pelbagai media sama ada secara manual atau menggunakan   teknologi komputer. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu      imaginasi seseorang pada skrin komputer. Grafik sebenarnya menggunakan media   statik dengan   memperkembangkan keupayaan teks, ilustrasi dan gambar foto.             Penambahan    dimensi masa yang bergantung kepada berapa lama masa diambil    oleh pengguna sebagai sebahagian daripada perolehan pengalaman maklumat          yang diinginkan.
                        Menurut Linstrom, 1994; Ilustrasi dan gambar berupaya ‘bercerita’,             menarik perhatian dan mengambarkan orang, tempat atau benda.

c)      Imej
            Imej adalah ruang persembahan bagi sesuatu objek, yang boleh ditayangkan           dalam bentuk dua atau tiga dimensi atau juga dalam bentuk-bentuk imej yang lain. Ia boleh diwujudkan sama ada dalam bentuk maya atau nyata. Fail-fail dalam bentuk .jpg dan .gif digunakan untuk menyimpan lukisan grafik dan imej-imej        kerana ia adalah pawai yang digunakan untuk pemampatan dan penyahmampatan     imej berwarna dan tidak berwarna. Selain itu, bentuk fail ini juga boleh menjimatkan storan.
d)     Animasi
            Animasi merupakan paparan pantas imej-imej yang berjujukan dan dapat dilihat     oleh mata kasar manusia dalam bentuk pergerakan.
                        Menurut Lindstrom, 1994; ianya membawa pengguna lebih hampir kepada             bahan maklumat. Simulasi sesuatu aktiviti atau illustrasi sesuatu konsep boleh             digambarkan melalui animasi-animasi. Animasi menawarkan pengguna           mengawal keterperincian, tahap serta bilangan maklumat yang diingini. Unsur-            unsur realisasi sebagaimana alam kehidupan sebenar boleh diperolehi melalui          klip-klip video.
e)      Bunyi
            Kesan bunyi memainkan peranan penting dalam teknologi multimedia. Terdapat    pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membolehkan komputer mengeluarkan      suara manusia. Antaranya ialah dengan menggunakan kad suara atau             menggunakan pembesar suara bina dalam yang telah sedia ada pada setiap komputer. Format yang menyokong suara adalah .wav, .voc. , snd. .aud. dan    sebagainya. Menyediakan amaran atau wujudnya masalah dan biasanya sebagai             maklumat tambahan. Berfungsi sebagai pemberi amaran terhadap kesilapan atau     kewujudan masalah. Menghasilkan mood kepada pengguna melalui muzik.             Kesan-kesan bunyi juga dapat menarik perhatian dan menghapuskan perasaan           janggal.
3.0  Penyata Masalah

Malaysia sangat mementingkan melahirkan insan yang berjaya dari segi akademik melalui sistem pendidikan yang berkesan. Terdapat segelintir guru menggunakan strategi pengajaran yang kekal sama dan berulangan semasa proses P&P menyebabkan pelajar berasa bosan dan kurang minat untuk belajar. Persoalannya mengapakah keadaan ini berlaku? Adakah subjek yang diajar itu merupakan satu subjek yang mencabar atau masalah guru tersebut. Guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran untuk menarik minat pelajar terhadap subjek tersebut dan memastikan bahawa pelajar dapat memahami isi kandungan matapelajaran. Justerunya, tanggungjawab bagi guru adalah untuk memikirkan cara atau strategi yang terbaik dengan berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu dan memudahkan proses P&P.
            Seseorang guru perlu sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara atau strategi pengajaran yang berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990). Oleh itu, pengetahuan guru dalam menggunakan bahan yang dipilih dan penggunaan pelbagai teknik P&P, pemberian latihan yang berperingkat-peringkat dan bermakna mengikut tahap kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira semasa memilih bahan yang ingin digunakan.


4.0  Metodologi Kajian

Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian tinjauan melalui pemerhatian bertumpu di kawasan sekolah-sekolah kebangsaan Kajang. Selain itu, maklumat kajian juga dikumpul daripada beberapa orang guru sekolah melalui temubual.



5.0 Integrasi ICT

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti dihubungkait bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P agar dapat menarik minat dan perhatian pelajar secara lebih berkesan.
            Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu pelajar memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

5.1 Mengapa perlu integrasi ICT?

Beberapa kajian (Abdul Rahim, 1998a; 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapatbeberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secarakonkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘fielddependent’ berbanding dengan murid ‘field independent’.(Abdul Rahim Saad, 2000).Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atautergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapakonsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakankesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku.Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu danmempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahanmultimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik,teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahamanpelajar terhadap sesuatu konsep.
            Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru danjuga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan sertapenyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portaltempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portalpendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatumata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satueksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kalimencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini danmurid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharuilima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).
            Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dansebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan gurudan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaandan negara masing-masing.
            Rosenberg (2001) berpendapat integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepadaguru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid.Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesanperkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alatteknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.

6.0 Strategi mengintegrasi ICT dalam P&P
6.1 Peranan Pemimpin Sekolah

Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT  dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti,  polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002).
            Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan. Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.


            Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.
            Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Oleh itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional.  Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.
6.2 Peranan guru

Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
            Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan  supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.
            Selain itu, teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh individu. Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner, 1990). Dengan kata lain teori ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes & Holmevik, 1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.
            Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaran penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperolehi tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai). Dalam proses pembelajaran ini guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning). Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guru perlu memastikan bahawa  penggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.
            Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan pelajar di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin pelajar ketika menggunakan e-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan perbincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.

6.3 Sokongan Daripada Pihak Luar

Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.

6.4 Pembelajaran Tutorial
Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajararan ekspositori dimana  guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem dan latihtubi yang juga dikawal oleh sistem. Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan samada yang disimpan dalam CD ROM, cakera keras atau laman web.

Menurut Ab.Halim & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2010) terdapat 158 laman Web yang berkaitan dengan pendidikan Islam dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan para pelajar dan guru, namun tidak semua laman Web tersebut mengandungi unsur-unsur pengajaran yang sesuai dengan semua peringkat sekolah menengah dan peringkat tertiari. Diantara pelbaagi kemudahan lainnya adalah dengan menggunakan:
1)      E–mail (Mel Eletronik)
2)      Internet Relay Chat (IRC)
3)      Telnet
4)      Kumpulan Diskusi dan Berita
5)      File Transfer Protocal (FTP)
6)      Googel
7)      E-group
8)      E-book
9)      E-journal
10)  Facebook
11)  E-learning
12)  Eksiklopedia bebas


6.5  Pembelajaran Penerokaan (exploratory)
Penggunaan ICT dalam pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :
a).  Mencari dan mengakses maklumat dari CD ROM, internet, portal  maklumat dll
b). Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
c). Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya dikawal  oleh murid
Pendekatan ini menyokong pendekatan konstruktivisme iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh, di dalam kelas geografi, boleh merujuk kepada World Facts Books di laman web Central Intellegince Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta.



6.6  ICT Sebagai Alat Aplikasi
ICT sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan  tugasan pembelajaran bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat dalam P&P.  Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Ini termasuklah perisian aplikasi khusus seperti editor grafik dan Computer Aided Design (CAD) yang membantu pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

6.7  ICT Sebagai Alat Komunikasi

ICT sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru dari lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk. Ia boleh dilakukan melalui pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod. Salah satu daripada model pengajaran terkini yang mengambil peluang daripada ICT sebagai alat pemudah komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif.
Sebagai rumusannya, terdapat pelbagai bentuk pembelajaran yang dapat diaplikasikan seorang guru dalam menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan alat ICT dalam bilik darjah agar P&P berlansung lebih menarik dan menyeronokkan, manakala melalui laman Web pula bagi pendidikan Islam khasnya juga sudah ditentukan 158 laman web yang secara resmi mempunyai akses lansung untuk menambah bahan mengajar dan kemudahan lainnya.

7.0 Kesimpulan

Pada masa kini, dunia pendidikan amat mengharapkan kehadiran atau kewujudan teknologi dan media pembelajaran yang bermutu dan berkualiti tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Integrasi teknologi dan media haruslah diperkembangkan kerana dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Integrasi teknologi dan media atau ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan  itu, penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing agar dapat menjayakan integrasi teknologi dan media  dalam P&P.


8.0 BILIOGRAFI


Ahmad Wazir, M J & Rahim, S E. Pandangan dan kesediaan bakal guru kemahiran hidup terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk  mata pelajaran kemahiran hidup, Latihan ilmiah, Jabatan Pendidikan Kemahiran           Hidup Fakulti Teknikal Dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Arif Ismail. 2006. Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam       pengajaran dan Pembelajaran. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan   Malaysia. Bangi.

Mohd Arif Ismail. Model Pemilihan dan penggunaan media serta bahan sumber ICT        dalam Pembestarian pengajaran. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan       Malaysia. Bangi.


Rosnaini Mahmud & Mohd Arif hj Ismail. 2010. Impact of training and experience in                   using ICT on in – service teacher basic teacher’s. Malaysian Journal Educational         Technology. 10 ( 2 ) : 5-10.

Siti Fauziah Abd Aziz. 2007. Tahap penggunaan teknologi maklumat sebagai pemudah     Komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan pensyarah Politeknik. Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional. UTHM.


Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. 2011. Tahap penguasaan penggunaan ICT Dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid    prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 36 ( 1 ) : 25 – 34.

Zah Mohamad.2000. Persepsi pelajar tingkatan satu di Sekolah Bestari di Negeri   Terengganu Darul Iman terhadap pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.       Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.



Wednesday, 16 May 2012

10 youtube teknologi & inovasi

                                           1. Tech Window
                                         


                                            2. Water Car

  

                                            3. Kreatif Inovasi Honda Car

                                            


                                             4.Goal Line Technology (GLT) system

                                             

                                              5.Amazing Sony Technology.mp4
        

                                                6.Orbit wheel

                                              

                                              7.Wrist-Worn Techcessories


                                              

                                              8.Electric Motorcycle

                                              

                                              9.Toyota Fun-Vii Futuristic EV Concept Car 


                                              

                                               10.The Future Of Nokia 2013